Monday, December 8, 2008

mencari Udon.

ini bukan anak jawa.
ahad malam tu ari aku ada tengok tv,
ala ala family value la.
oh, aku takda astro,
(oke aku accept aku kolot, lu kata la, gua tak declare.
kat pasar malam pun diaorang ada,
budak budak astro ni pon kadang kadang annoy jugak,
gua dah sound "sorry saya dah ada",
dia boleh reply "tambah satu lagi bang letak dalam bilik air",
gua balas "yang satu tu pon dah malas",
dia up reply "ada diskaun bang, untuk second decoder",
gua balas "takpelah, cukuplah",
dia kasik panas "takpun untuk ibu bapa kat kampung ke",
gua balas "sorry ek",
dia kasik panas lagi "abang suka tengok apa?"
aku rilek "saya suka porn, ada tak, kalau boleh remaja melayu"
dia slow down "oke oke bang")
eh mana tadi:
arts central sg,
ada cerita udon (ketik sini deh)
cerita pasal mat jepun ni makan udon.
ahhh...lu tengok sendiri.
kat mana? lu carik sendiri.

apa pandangan aku :
1- teksi diorang ada lcd
2- tilam kat jepon tak laku sangat
3- driver teksi dah macam pilot.
4- driver teksi kurus, teksi bandor, kota, batu, masai semua boroi.
5- driver teksi pakai glove, macam bas intrakota KL, (dulu la)
6- driver teksi pakai stokin, boleh pitam kalau driver teksi sini tengok.
7- toyota crown kot. rare. pakcik felda je ni.
8- cerita tu sponsor dari nissan kot. awek tu pakai 6 impulse pelbagai kaler.
9- fur jacket memang in la. tapi untuk cuaca jepun.
10- apasal kolam air empat segi.
12- chimney are for udon shop. stall. maker.
13- pintu tak kunci, err...pintu kaca. bukak dan bagi salam. salam jepun laa...
14- ikat kepala tu sepesen untuk kerja berat. itu tradisi ke?
15- semua pemandu nissan gtr adalah wajip kena drift.
16- kenapa chopstik pakai buang atau bawak sendiri dari rumah???
17- itu tanah lot atau tanah haram.
18- jepon mati tanam ke bakar? depan dbp tu kubur jepon kan.
19- budak budak taska jepon makan dalam kelas ke?
20- kenapa cerita jepon kena selit anime sikit?
21- jepon tak tau guna hon ke?
22- cuaca diorang memang tenang ke? ke teknik shooting?
23- makan udon ni best sangat ke?
24- apa makanan ruji jepon? bukan ryuji asada.
25- betol ke pisau/parang besar macam tu, saing kertas A3.

huuih...banyak la persoalan yang timbul.
apa apa pon anak aku tengok macam paham je..
tegak pulak tengok tak mengamok nak tengok cd upin ipin.
(aku calarkan cd upin ipin dia, biar dia tak nak tengok sebab hang)
oke..bye..eh kena bye ke...
tak payah.

1 comment:

Anonymous said...

nak tolong aku jawabkan boleh juga....hehe.