Thursday, December 25, 2008

apa aku dapat/buat tahun 2008.

apa aku dapat/buat tahun 2008.

01- buat anak
02- dapat anak
03- bagi nama anak
04- tepuk anak, kan abah dah cakap jangan!
05- tukar tayar kereta jam 12.30 malam.
06- drive 16 jam dengan tidur 30 minit setiap 6 jam
07- beli tanah...hahaha..brader brader punya idea.
08- beli kemera...kan tengah musim
09- beli badminton master..kan tengah musim
10- tengok babi hutan, besar macam kambing.
11- tengok pemandu kereta macam babi.
12- masok trek pasir gudang...sial...mengarot.
13- masak makaroni.
14- makan steak bikin sendiri, kambing mat.
15- muntah tengok taik budak...
16- muntah dengan bau taik budak...
17- meluat tengok budak budak blind comformist
18- beli mag vertical...climber sangat
19- setup own label.
20- setup own bizniz.
21- beli insuran kereta sama kawan kawan. tapi takda hadiah. hahaha
22- vegan 5 hari.
23- makan kambing bakar.
24- buat akekah.
25- pergi wedding makan banyak.
26- banyak kali pergi tesko.
27- banyak kali pergi giant,
28- tukar timing belt.
29- kosong kan tabung haji...
30- up lagi guna tahung haji istri.
31- tak beli baju raya.
32- settle kan rak bilik.
33- ada komputer.
34- beli meja komputer.
35- servis drill.
36- oh, drill kapasitor terbakar.
37- calarkan cd feveret anak aku, asik bukak tu aje, sing malam.
38- cuci kereta yang kotor,
39- cuci indoor kereta.
40- tanam cabai.
41- tanam serai.
42- aku ada blog.
43- aku dah ada website sindiri.
44- tapi belom ada content.
45- belajar php balik. untuk set wordpress.
46- terliur tengok site grinder, tapi mahal.
47- sokong ah beng.
48- aku tertengok naruto
49- aku jumpa pensel monochrome
50- beli kemera filem tapi tak jumpa bateri baru.
51- solomon aku patah.
52- beli light stand
53- asah pisau kat dapor.
54- pakai minyak masak bertolli.
55- minom kopi order order ni. jualan lansong. (bini aku)
56- pekena kopi sama anak.
57- tak penuh jugak tahun ni puasa aku. lapor...
58- keluar akaun 2 kwsp untuk bayar installment rumah.

Wednesday, December 24, 2008

30 sebab santa tak datang jb.

1- baju merah dia basah, hujankan ni ari.
2- rusa dia sejuk.
3- economy down, hadiah sikit.
4- santa tak suka obama, jadi dia protest.
5- rusa dia letih.
6- rusa dia bersalin.
7- rusa dia nani ambik.
8- termasuk anak rusa.
9- jadilah anak rusa nani.
10- tiada kena mengena dengan nani allen.
11- baju merah dia pakai rehearsal tak kering lagi, dryer rosak.
12- santa tengok astro je, leceh keluar rumah.
13- dia terbeli kereta hybrid. rusa merajuk
14- tanduk rusa belom polish.
15- dia lepak norway lama-lama.
16- santa lepak sama dc10, leftfield lepas tu bertekak. hahaha
17- dia overtake absynth
18- mc303 groovebox dia order baru sampai, lama betul.
19- dia boring, quasimidi dia rosak. hahaha.
20- dia start pakai bangle, reject society.
21- dia takde hadiah tahun ni, banyak beli stuff kat blacx seed record. au3 keramat, eh ireland.
22- dia teruja armari dia laju dari quadcore.
23- dia terbeli sneaker acupunture.
24- dia dengar tchaikovsky dekat dia punya The "Gabriel" turntable in C major
25- dia singgah kluang pekena kopi setesen, hadiah kena rembat.
26- dia boring orang asik ingat dia kolonel sander.
27- dia kena standby kat klcc.
28- dia dapat sponsor perodua, jadi ....
29- gps dia tak kaver malaysia.
30- dia addictive blogging, mana bleh tinggal.

add on update

31- santa pergi gig, ingatkan esuk rupanya minggu depan....flyers here hahahaha.

Tuesday, December 23, 2008

aku keliru!!! aku keliru!!!

sila dengar eudora, i confuse... (asyura?)
setelah mendengar redkedge ...pasukan emo.
(kaset paling sedih pernah aku dengar)...

(diatas hanya kenangan...hahahaha)

motif aku!!!...
kenapa separuh (?) follower dalam widget
aku ni adalah remaja
berpage kan warna asas berbelang belang
dan
bertulisan warna warni???



sakit kornea abang abang ni dik....

satu lagi...

jangan bawak budaya myspace boleh???...

last...

bila copy paste any information...

please credit origin sources.

ethically discorrect ; respect intellectual property.

else i might think it your's.

Monday, December 22, 2008

aku ulu! part 1.

aku selalu baca perkataan "dowh".
itu apa maksud?
macam mana nak guna?



kalau joho, budak kasik short form untuk "bodoh"
mana tau kalau sekarang lain penggunaan kosa kata.
letak dimana suka.
contoh nya :
1- eh pecal doh...rembat! rembat!
2- gua lapa doh, bakso berani?
3- ini Tag dog, bukan sebarang ee...

tapi aku rasa "dowh" yang sekarang macam lain je.

30 sebab aku nak salji kat pasir gudang!!!

(sempena krismas ni)
1- aku nak beli jaket yang ada fur kat kolar tu.
2- aku nak rasa cakap ada keluar asap dari mulut.
3- aku nak minum hot choc tambah marshmellow.
4- aku nak rasa salji yang dicairkan pas tu minum hot choc tambah marshmellow.
5- aku nak sangat main salji, gelungsur salji.
6- boleh beli oxbow.
7- aku boleh buat chimney dalam rumah aku.
8- kurang sikit panas kat pasir gudang ni.
9- padan muka kilang kilang krom kat sini.
10- padan muka mat motor tak boleh rempit.
11- boleh tengok budak drift dalam salji.
12- time tu aku ingat anjing pon dah kaler putih.
13- mungkin ada gandalf.
14- boleh minum ais kepal.
15- boleh baling baling ais kepal.
16- boleh tengok dubuk berkeliaran.
17- nanti salji melekat pada pokok, aku suka scene tu.
18- boleh rasa macam mana oshin time kecik. kena carik kayu api time salji.
19- budak budak johor boleh pakai baju tebal tanpa risau berpeluh kangkang.
20- biasa kan time salji orang cuti.
21- boleh bela jambang.
22- boleh pakai baju dalam yang overall tu.
23- alamak tayar kereta aku dah haus la...leceh la nak carik tayar salji.
tak jadik ah...

Sunday, December 21, 2008

muda dan merbahaya!!!

hahaha...
tajuk macam nak generate traffik sangat....

gini...salah satu minat aku adalah mengambik tau pasal
minat minat yang trendy dan tengah inn.
sampai hari ni aku maseh menyimpan niat ingin memiliki
sepasang kacamata ala ala nicole richie...hahaha

aku bebual sama kawan aku.
dia cakap sg teen tengah top buat body modification.
sg punya anak liar la.

tatoo tu pon dah normal, tak stand up la...
aku cuma tau pasal yang letak stud base tu.
internet suda. gugel sendiri.
kalau stud base tu, bole la ejas ikut hari atau event.
stud bole pusing pusing. cabot, pasang yang lain.

tapi ini yang lain...
kau tau tayam tak...
oke aku umur 30, some of my friend are sex maniac/addict,
aku panggil dorang ayam checker.
ayam hidup sampai dorang memang cek inn.
apa la life gitu. bahaya.

kalau orang kota tinggi buat tayam dari plastik beros gigi (info sahih),
kalau yang kaya dari tulang ikan yu. (info tak sahih)

yang budak budak ni,
install pakai silicone bead. (nanti aku wiki)
tapi kalau pakai kat forehead kan macam tanduk...
hahaha...
satanist la tu ...

jadi jangan terkejut kalau naik train...
ada budak muka cacat...
pergi gig...ada budak muka berbijik bijik....
hahaha.....CIQ baru dak bukak....


tak nak jumpa yang gitu.....
lepak buddha bar. tapi dah tutop...
hahaha..aku tau kau pergi situ...

Thursday, December 18, 2008

KLMJ : putus kawan...

ini ari aku rilek sikit, tenang tenang aja...
cadang aku ni ari nak settle kan website aku, banyak tu aku kena buat.
target launching 2009. sikit hari lagi.
aku tak tau mana aku dapat motif ni, tapi klmj ni aku tau dari din akar.
dari zine dia. yang kena cek kdn tu...hahaha.

dulu aku ada sorang kawan. oke. dia perempuan, aku lelaki.
aku ada la kawan kawan lain. tapi ni nak cerita pasal dia sahaja.
yang lain tu aku tak kesah sangat. tak pon cerita lain kali.
duduk satu kampong. membesar sama. sekolah pon sama.
part sekolah menengah aku biasa lah berbual dengan dia.
tapi tak akrab la...sebab jantina mungkin.
dan faktor mentaliti kekampongan.
ditakdirkan kami masuk ke U yang sama.
dia dengan cara dia, aku dengan cara aku.
tapi oleh kerna orang kampong,
jadi status kawan tu jadi tinggi sikit kot.
dia boleh cerita pasal life dia, dan sedikit hal hal peribadi.
aku pon makin rapatlah.
tapi as a best friend. at that time la.
nak di jadikan cerita, aku masa tu dah dapat nur...jalan aku sendiri.
aku dan ada self esteem. keyakinan, arah tuju dan etika kehidupan.
time pass by.
end study, few day before convo.
aku terserempak dengan dia.
aku dah lama tak jumpa. sibuk dengan studi lah konon.
aku nak berbual.
aku dengan member aku, 2 lelaki.
dia dengan member dia, 2 perempuan.
bila aku tegor, dia balas.
tapi ada sekidit perasaan berbeza.
dia gelisah. muka cuak.
part paling sial.
aku ceritalah pasal nak bawak balik stuff ke kampong.
dia suddenly reverse dan reverse sambil tarik tangan kawan dia.
meninggal kan aku dalam keadaan sedang bercakap.
aku keliru. apa dah jadi.
member aku pon tak paham situasi nya.

time esok lusanya aku dapat tau dari kawan aku yang lain.
dia malu nak kawan dengan aku.
dan dia wish aku jangan tegor dia lagi.

aku tekejut. aku tak tanya lagi kawan aku tu (kawan dia jugak).
respect her decision, move onn.
tapi bila aku ingatkan balik.
penampilan dia berubah, aku still.
dia makin "in", aku still.
kat kampong pon gitu.
dia jemput kawan kawan personnely time dia kawen.
tapi aku dia skip,
sebab rumah member aku yang lain tu selang 4 pintu dari rumah aku.
dan ada yang kena lalu depan rumah aku.
dan aku ada dikampong masa tu.
hahaha...lantak kau la.
wish yu hepi.
dan aku tak rasa lost pon kawan aku. sebab dia not worth it.
klmj for today.


(post paling sial aku pernah publish)
aku rasa macam nak delete entry nih.

Wednesday, December 17, 2008

rip off!!!

aku tak tau orang lain.
tapi kalau kasut bata badminton master yang sebelom ni
aku beli pon dalam rm12. tetapi oleh kerna merketing dan
business strategi telah di markup menjadi rm29.90.

apa yang di update :

1- website maju sikit.
2- ada peraduan total prized rm7000...dah habis tarikh.
3- rebranding retrostyle.

yang aku boring adalah part harganya!!!
rm12 tu aku beli 3 bulan lepas.

aku tak salah kan orang yg re-design guna badminton master.
tapi aku salahkan bata yang markup lebih.

30 sebab aku keliru hasil pemikiran aku.

1- aku buat site untuk kerjaya aku tapi tadi site lawak.
2- bini aku yang kata ~ lawak biawak content nya.
3- tapi aku pon rasa macam tu.
4- elok tulis tentang bio - dah jadi macam perbualan pulak.
5- elok tulis tentang FAQ - dah jadi macam customer nak carik gadoh.
6- elok tulis pasal sampling - dah jadi macam syok sendiri
7- elok tulis apasal kontak dah jadik macam pantun jemputan kawen pulak.
8- tapi susah jugak nak setting wordpress ni.
9- aku nak pakai theme free download - tak kena dengan konsep la pulak.
10- aku nak ejas sendiri - anak aku asik kacau je.
11- elok nak pikir projek teringat nak pasal bernina pulak...
12- aku punya projek asal lain.
13- setting wordpress ni kena tau php ke?
14- lagi senang kalau guna blog aje.
15- editorial sangat la aku ni.
16- tapi baru lagi ni...takda kesedaran ramai lagi.
17- konsep mudah pengguna.
18- nasib baik hosting reply laju.
19- aku asik salah je setting php ni.
20- tapi kawan sekufu aku yang lain belom tau ni.
21- kalau dengar peniaga lain marah ni.
22- ala ala kacau market.
23- tapi dorang mentaliti keduitan.
24- aku fokus on suviving je.
25- pengalaman dah 2 tahun, oke la agaknya.
26- modal pon dah banyak keluar.
27- moga moga aku dapat beli d2X sekenhen bulan 1 nanti. direct from japan.
28- tapi macam bagos bagos la pulak,
29- aku jalan 6 projek serentak.
30- pitam aku.

Monday, December 15, 2008

apa password aku???

aku dah lupa...
rrrrrrrrrrrrrrrrrr
sakit kepala...........
aaaaaaaaaaaaaa...

Sunday, December 14, 2008

agree to disagree!!!

idea asal dari sueannajoe dari post ini

mentaliti aku di dunia sebenar.
konsep peradaban, agama dan kosmologi dan sosiologi.

1- i am not pagan or atheis. (tapi aku suka pagan winter)
2- i have my own belief and faith and understanding practicality
3- i have my own view on race and religiosity.
4- sociology behavior by "agree to disagree" and "mutual respect"
5- acceptance as is.
6- be ignorant or moralist, yet perfectionist.

life too short to journey. just walk as you can.

lagi dari siaran normal aku.

aku takde astro...
tak dapat tengok mawi kahwen...
hahaha...
tapi semalam aku tengok cerita Swing Girl.
siaran dari singapur...
saluran Arts Central...
rupanya filim ni rilis 2004.
menang banyak award pulak tu...
menjadi bualan anak jepon tahun 2004 di wilayah yamagata.
(aku agak aje)

seperti yang pertama minggu lepas.
ulasan aku ...
kalau kau ada point, kau boleh sambong...

1- memang betul la budak sekolah jepon pakai skirt gitu...
2- uniform macam kelasi pon ada, kelasi perempuan. (not sexism statement oke)
3- jap home kan > dining = living hall.
4- they dont invite people to sleep inn. go rental yourself.
5- budak sekolah dorang lagi liar dari zaman aku sekolah
6- budak sekolah macam senang buat part time kat conv store.
7- aku nak beli basikal yang sama la macam dorang...seken sini dalam rm150..oke ke?
8- dia punya junk yard macam segambut.
9- dress shinjuku tapi hati macam mat rock lestari/sofea/syj
10- first time aku tengok babi hutan terbang.

oooop...nak ejas server kejap...nanti aku update lagi.

11- part babi hutan terbang tu scene paling gila. dalam 3 minit of tragis.
12- aku rasa semua filem jepon memaparkan sikap mentaliti yang melampau.
13- ada diselit unsur unsur naruto. part awek lari macam sial.
14- sebelah pasaraya besar ada sawah padi. gila scene.
15- kart conv store - tester food akan teros beli...ye ke?
16- kat celah kampong ada kedai Yamaha jual instrumen mahal mahal.
17- dia punya sungai boleh buat port lepak lepak.
18- boleh baring atas rumput kat mana mana.
19- dia punya temple - sunyi semacam je.
20- filim ni takde mat drift.

Thursday, December 11, 2008

dilinja : pasir gudang!!!

hahaha...ini mimpi aku...
kalau aku nak cerita pasal mimpi....
dilinja publik showcase...mc dynamit included
crowd 15 orang...
semua anak melayu...
hahaha....
sapa nak joint mimpi aku....

Ingrief : grindcore nih...

takde kena mengena dengan band tu
walaupon 7in dorang jadi 3 minggu playlist kau.
google sendiri...

aku ingrief sebab kawan aku yang aku anggap macam
adik beradik level blood, cuma dia perempuan je...
oh...dia misscarriage...on the 2nd month.
tulah..jangan pindah rumah...eh...
angkat barang... hired mover services kan boleh....
laki dia pon pemalas...kesian kau dapat laki macam tu.
kau lepak rumah eh...rilek rilek...
lain waktu, main lagi, cuba lagi, buat yang lain.
alfatihah...eh ruh belum masuk rasanya...

Wednesday, December 10, 2008

ignorant nya aku;

lanjutan dari reply
"
Blogger *Sarah is the One said...

sejak rafiah salim dah diganti naib canselor baru jantina lain

"
dari post dibawah ni.

ini politikal ni.
ada masalah peribadi ke atau honorary statuary.
jawatan VC tu. bukan kecik kecik.
google sendiri untuk pemahaman peribadi.
aku lost in click.

apa apa hal pun untuk informasi...
deputy dean aku dulu pun panggil aku dengan nickname aku....
itu jam mirc tengah musim. (circa 1996-1997)
teros drop queing user main telnet telecafe...
(screen hitam, wording hijau...os unix kot...aku tak ingat...
ada register tapi semua nak test pekena...leceh la nak queue...
sapa ada pengalaman main benda ni kau boleh declare
dalam toilet sendiri yang kau among pioneer internet
dalam area housing estate kau sekarang)

sexism : the "in" topic.

sexism : apsal semua nak sebut pasal benda ni.
oke. bukan title ni. tapi topik semua pasal atau motif sexism.
letih aaa...
kau surf memana...
70% sexism.

Tuesday, December 9, 2008

30 sebab aku macam nak buat own site aaa.

1- boleh guna nama aku, atau nick of me since 18 till date.
2- boleh letak muka for the good positive sake.
3- untuk biznisss.
4- broad marketing, yeah broad sangat la tu.
5- tengah musim sekarang kan?
6- ala yang mudah mudah je.
7- letak offer template dari hosting free sample je.
8- lepas tu add-on blog cms
9- download wordpress, tweak sampai nosebleed.
10- motif prior - establish brandname
11- secondary - broad marketing/accessing offer
12- else - show off product/sampling end services
13- it is big biznezz - blind consumist
14- kommunikate - itu guna blog.
15- boleh add - on vlog.
16- hosting pon dah murah kan...affordable.



ini serius ni. jalan gelak.
yang penting...nama sendree ke nickname.
nama sendree ke nickname.
nama sendree ke nickname.
nama sendree ke nickname.
nama sendree ke nickname.
nama sendree ke nickname.
nama sendree ke nickname.

Monday, December 8, 2008

mencari Udon.

ini bukan anak jawa.
ahad malam tu ari aku ada tengok tv,
ala ala family value la.
oh, aku takda astro,
(oke aku accept aku kolot, lu kata la, gua tak declare.
kat pasar malam pun diaorang ada,
budak budak astro ni pon kadang kadang annoy jugak,
gua dah sound "sorry saya dah ada",
dia boleh reply "tambah satu lagi bang letak dalam bilik air",
gua balas "yang satu tu pon dah malas",
dia up reply "ada diskaun bang, untuk second decoder",
gua balas "takpelah, cukuplah",
dia kasik panas "takpun untuk ibu bapa kat kampung ke",
gua balas "sorry ek",
dia kasik panas lagi "abang suka tengok apa?"
aku rilek "saya suka porn, ada tak, kalau boleh remaja melayu"
dia slow down "oke oke bang")
eh mana tadi:
arts central sg,
ada cerita udon (ketik sini deh)
cerita pasal mat jepun ni makan udon.
ahhh...lu tengok sendiri.
kat mana? lu carik sendiri.

apa pandangan aku :
1- teksi diorang ada lcd
2- tilam kat jepon tak laku sangat
3- driver teksi dah macam pilot.
4- driver teksi kurus, teksi bandor, kota, batu, masai semua boroi.
5- driver teksi pakai glove, macam bas intrakota KL, (dulu la)
6- driver teksi pakai stokin, boleh pitam kalau driver teksi sini tengok.
7- toyota crown kot. rare. pakcik felda je ni.
8- cerita tu sponsor dari nissan kot. awek tu pakai 6 impulse pelbagai kaler.
9- fur jacket memang in la. tapi untuk cuaca jepun.
10- apasal kolam air empat segi.
12- chimney are for udon shop. stall. maker.
13- pintu tak kunci, err...pintu kaca. bukak dan bagi salam. salam jepun laa...
14- ikat kepala tu sepesen untuk kerja berat. itu tradisi ke?
15- semua pemandu nissan gtr adalah wajip kena drift.
16- kenapa chopstik pakai buang atau bawak sendiri dari rumah???
17- itu tanah lot atau tanah haram.
18- jepon mati tanam ke bakar? depan dbp tu kubur jepon kan.
19- budak budak taska jepon makan dalam kelas ke?
20- kenapa cerita jepon kena selit anime sikit?
21- jepon tak tau guna hon ke?
22- cuaca diorang memang tenang ke? ke teknik shooting?
23- makan udon ni best sangat ke?
24- apa makanan ruji jepon? bukan ryuji asada.
25- betol ke pisau/parang besar macam tu, saing kertas A3.

huuih...banyak la persoalan yang timbul.
apa apa pon anak aku tengok macam paham je..
tegak pulak tengok tak mengamok nak tengok cd upin ipin.
(aku calarkan cd upin ipin dia, biar dia tak nak tengok sebab hang)
oke..bye..eh kena bye ke...
tak payah.

back online/ reporting!

back on keyboard.
started the day with chilly breeze day.
gerimis sejak semalam.
banyak point ni.
aku aku submit report dulu.
(ini post buang masa)

Thursday, December 4, 2008

berbual karat. : 20081007

dia: batang buruk ada la...nk?
aku: leceh la batang....
aku: aku carik yang berunsur strawberi atau beri biru..
dia: oooo...
dia: ada..
dia: sy ada lemang strawberi dgn rendang blueberi
dia: tp dh diharamkan kerana mengandungi kadar melamin yg tggi
aku: rendang blewbiri tu simpan sikit....
aku: toh lah melamin...
aku: alat kelamin
dia: tdk sesuai utk bayi
dia: :D
aku: sesuai untuk babi..
aku: hehehe
dia: jaga bahasa...
aku: <:-P
dia: sy ni panas baran
aku: felcra kat mana ye....
aku: jalan semarak ek..
aku: hahahaha
aku: :))
aku: kau tak gi makan tghari ke...
dia: ayat provokasi tu..
dia: kejap lg...
dia: mkn awal...
dia: sambil setlekan pelbagai urusan
aku: kau rehat berapa kali sehari?
dia: ari ni sy keje 3 org...
dia: lain cuti...
dia: rehat setiap awal jam
aku: kau rehat berapa jam sekali?
aku: hahahaha
dia: kul 9 break
dia: kul 10 rehat
aku: provok..
aku: provok..
dia: kul 11 break
dia: kul 12 rehat
dia: kul 1 lunch
aku: aku dulu pon keje gomen gak...
aku: setahun setengah..
dia: kita ikut flow
aku: sak serap jawatan tetap macam takde je...teros aku blah..
dia: kenapa ko cabut...
dia: tk seswai dgn selera kah?
aku: bukan gaji aku keci,....
aku: kerani...
dia: hmmm...
dia: patutnya sabar
dia: cuepac sdg usaha nk permenentkan marker
aku: j17 kot...kalau tak salah..
dia: eh.. permenentkan staf
aku: jabatan perdana menteri
aku: kehakiman dan undang undang..
dia: wah... slalu la jumpa paklah...
dia: paklah tu ok ke?
dia: oooo...
dia: skrg jabatan tu tkde mentri...
dia: dh berenti...
aku: kau apply la...
aku: lantikan teros..
dia: boikot ISA
aku: awas anda diperhatikan..
aku: cc anda sedang menjeling..
dia: post mentri tu ke?
dia: :-SS
aku: ye la...
dia: ekceli... sy pun blm permenent
aku: haa....
aku: blm permenen...
aku: kau kwsp dah keluar ke belom..
dia: renew contract dh dkt 4 thn
dia: tp ada ura2 felcra permenentkan staf dlm masa terdkt
dia: blm...
aku: maknanya kau sama macam aku dulu la ek..
dia: skim tetap kt sini tkde pencen
aku: kau kerani la ek..
dia: permenent... tp tkde skim pencen
dia: aku gred E3/E2
dia: exec
aku: ooo...macam kereta perdana lak..
aku: ada pasar tani kat situ..
dia: * (br tau gred sbb td br update org chart)
dia: kt sini ada pasar mlm
aku: bini kau kerje ke am...
dia: yup...
aku: kau kerjekan bini kau ke am?
aku: kerja apa?
aku: cikgu ek..
dia: keje IJN...
dia: sejak kita2 study lg...
dia: skrg dia mentor nurse...
aku: aik..satu utm la..
aku: apsal aku tak tau..
aku: mentor nurse tu apa? sister ke?
dia: uik...
dia: sedikit salah paham...
dia: time kita2 study... dia dh start keje nurse
dia: bkn sma2 study kt utm
aku: oooooooooo...........taip la terang terang...
dia: nurse mentor tu ketua nurse...
dia: tp tk smpi taham sister
dia: tahap
aku: orag negeri sembilan juga?
dia: satu daerah.. lain kg
aku: ooo....
aku: kau anak sapa jaga?
aku: jiran ke taska?
dia: aku ada bibik
aku: peh....
dia: #-o
aku: gila la...
aku: kau dah kaya la am...
aku: kau ni memand hedat la..
aku: kau ni memand hebat la..
aku: paling hebat dalam sentol..
dia: tk kaya sesgt la...
aku: paling hebat dalam felcra.....
dia: ko bygkan...
aku: paling hebat dalam wangsa maju.......
dia: anta nursey... anak sorg 250-300
aku: paling hebat dalam setapak.......
dia: anak 2 org plg kurang 450-500
dia: aku amik bibik bln2 400
aku: paling hebat dalam area keramati......
dia: :">
aku: tapi kan awal kene bayor rm2000 tu kan..
aku: pada ajen
aku: pada ejen
aku: pada ejen kambing
dia: rm3000
dia: tu agen...
aku: kau pakai yg illigal ke?
dia: klu agensi rm5000
dia: legal maa...
aku: gila ah.....rm5000000
dia: urusan imigresen aku kena setle sendri
aku: gila ah.....rm5000
aku: pakai orang dalam ke?
dia: :D
aku: pakai seluar dalam ke?
dia: tkde...
dia: ikut proper procedure
dia: cuma aku je jarang pakai seluar dlm...
aku: :D:o)=P~
aku: eh..aku nak makan kueh raya ...
dia: klu pakai pun seluar dlm jarang
aku: petang sambong..
dia: elok la tu...
aku: nak bayor duit kutu...
dia: klu layan kau... tk kuar lunch aku
aku: hahahah..
aku: bye..
aku: a/s/l
dia: bye
dia: 29/yes sure/long
**************************************************************
aku boring, report dah settle.
bukak mydokumen. ada benda ni.
kongsi untuk yang mengantuk...
(perbualan kambeng antara aku dan kawan aku)
enjoi sebelum lunch. vegan lunch.

30 sebab aku gerak ke batu pahat esok.

1- urusan kerja
2- kerja peribadi
3- settle kan hal kawan kawan.
4- settle kan hal bukan kawan kawan
5- harga minyak dah drop sikit
6- ada offer makan, tapi aku veg stand, hope for still
7- badan sihat. kelmarin sakit
8- dengar khabar tol dah kurang betul ke?
9- dah lama tak jalan jalan Batu Pahat
10- BP mall besar, kecik sikit midvalley
11- cekitout pellican
12- cekitout bakso tepi sungai, alamak.
13- wifey kirim otak otak punya filling.
14- bot tepi sungai tu macam kat vietnam.
15- traffic light macam sial, rapat rapat.
16- pantai minyak beku - tak pernah pergi.
17- banyak wak kang. mana aku faham. aku bukan jawa.
18- kalau ada metal javanese dance best. aku tak pernah tengok live.
19- trend wedding BP, air minum macam pasar malam. lebih 3 jenis. normal 5 jenis.
20- harap tak hujan atau panas sangat.
21- air kon kereta tak cukup power, kalau tengah hari baik tutup ekon.
22- jalan lebar.
23- tayar kereta oke la.
24- poket pon oke.
25- lama tak enjoi.
26- tapi bp berabuk sikit la.
27- boleh pedih mata.
28- boleh silau mata.
29- nak cuci mata - lu salah tempat.
30- lari dari tanggung jawab di rumah. hahaha.
31- anak aku ignorant, rebel, hati kering...ikut aku sangat.
32- bini aku positive, nanti dia besar dia ok la. sekarang baru 2 tahun.
33- johor bahru ada "tempered father anonymous" tak
34- "baharu" adalah perkataan sebenar, rumours. aku tak kompom.
nanti aku google.

Wednesday, December 3, 2008

kenapa banyak haters. yeah it among onanimus

aku tengok dalam MM punya comment post dah makin meleweh leweh.
maksud aku commenters ye.
aku pun ada komen. hehehe.
personnel attach pun ada.
apa sia, luorang.
tak boley handle truth kapa?
tak boleh give and take kapa?
lu tak boleh consume itu info,
lu panas hati, lu pangkah suda.
lu rilek dalam lu punya lobang.
kalau lu show off lu punya handal, tempered, jahat
then need MM word, aiiya, letih siak lu punya mindset.
moralis bak kata budak budak sekarang.
it is ok if your opinions totally contradictive with situation.
but in behave move (word).
aku baca kat blog sarah pun dia komen pasal isu yang sama.


perhatian : aku tak kenal MM.
tapi aku teruja bila first follower aku.
lagi teruja bila aku klik, dia ada satu blog yang dia follow.
hahahaha....
aku baca blog dia dari start sampai latest (or 80% post)
MM best. gerek sia.




aku mungkin salah orang...
sebab aku respect satu jack ni.
idea, style, mindset, show, sound.
tapi bila dia masuk gig tak nak bayar,
gua fedup. lu dah ada nama, tapi still nak masuk free.
ok gua let lu go. aku pakai tag organiser. only one tag.
front door neck chopper. kat lengan pun bole...
gelak siak lu masuk tarik kollar ada cop.
padahal gua yang cop semua orang.
tapi ini isu 2001 or 2002.
then again. i might be guessing wrong guy.
(update : gua salah orang. malu malu.)


macam nak delete la post ni...

30 sebab aku MC semalam

1- aku tak sihat fizikal
2- aku tak sihat mental (rohani)
3- dompet aku nipis
4- aku letih kerja
5- allupurinol aku habis
6- colchicine aku habis
7- malta aku habis
8- dah dua hari aku sebat kekacang, vegan sangat
9- dah dua hari aku sebat tauhu, vegan sangat
10- aku kurang senam
11- aku berat badan sangat, > 90kg (tinggi baru 5'6'')
12- banyak melompat kot.
13- selalu angkat benda heavy without proper lifting positioning
14- tidur dalam keadaan sejuk.
15- selimut aku berbentuk kekacang (ala sleeping beg) ada lubang kaki
16- dah lama aku tak sakit.
17- last bulan 9
18- aku start kena umur 21
19- aku dah kontrol makan since last 3 year
20- aku pernah merangkak keluar dari bilik air.
21- semalam MC tapi minimal pain
22- boleh lagi bawak kereta.
23- makan ubat aku boleh tidur lama sikit.
24- kurang rehat agaknya.
25- aku letih buat report kat opis
26- aku nak belek belek kemera baru beli ni.
27- tidor 6 jam sejak dari jam 10 pagi
28- terlajak zohor aku
29- petang ambik wife pon lambat
30- boleh claims MC, sebat aje.

Monday, December 1, 2008

30 sebab kenapa aku terlampau marah anak aku

1- takda
2- takda
3- takda
4- takda
5- takda
6- takda
7- takda
8- takda
9- takda
10- takda
11- takda
12- takda
13- takda
14- takda
15- takda
16- takda
17- takda
18- takda
19- takda
20- takda
21- takda
22- takda
23- takda
24- takda
25- takda
26- takda
27- takda
28- takda
29- takda
30- takda
serius takde. yang ada hanyalah kanak kanak bermain tanpa batas.
yaaa tanpa batas...
tak kanak kanak la kalau ada batasnya...

ada gambar dia kat site rahsia.

anakku nanti balik kita ngeteh jom.
maafkan abah.
birat lengan anak aku semalam kena tepuk.

deeply sorry : i should't said so.

aku : pergi mampos la kau.
anak aku : abah!
bini aku : awak ni dah kenapa?

abah minta maaf...
aku 30,
dia 2.
kenapa aku drifted pagi tadi.

emo pulak pagi ni kat tempat kerja.

nak angkat keluar dari kereta ke taska pun aku takde mood.
suruh dia pakai kasut.
tapi dia tetap jugak hulur tangan minta diangkat.
malang xxxx dapat abah bad temper.