Thursday, February 26, 2009

30 sebab kenapa aku tak sehat minda?

30 sebab kenapa aku tak sehat minda?

1- terlalu pikirkan hal kewangan.
2- hal kewangan sendiri dan kompani
3- hal kewangan 4 tahunlepas pon nak ungkit balik ke?
4- pikirkan hal kereta. apasal tayar kanan aku botak sebelah.

(minggu lepas time keluar masjid semayang
jumaat aku emo bila nampak ada kereta
estima/wald tayar nya botak penoh depan
belakang, bukan orangnya, tapi tayarnya - aku
pikir baik ~ rezeki belom ada la nak tukar
tayar ni. tapi sempat jugak aku pikir liar ~
tuhan dah tarik rezeki baru nak pergi masjid
/// macam mana perasaan kau kalau kau pakai BMW
tapi pergi kedai carik tayar sekenhen dan rim
besi hitam/tak rim sukan)

5- aku baca berita tol naik. hahaha. sial.
6- berbual dengan kawan semua nak cerita pasal politik lagi. sapa anjing, sapa babi.
7- aku teringat opismate bual market forecast takde. ye takde forecast market.
8- bil letrik rumah macam tinggi lagi je...dah tak menten bawah rm30. banting rm50++ je.
9- stok pampers cepat no mendak. bukan baru beli ke?
10- susu budak pon sama. hahaha...nasib baik dia minum.
11- aku pikir hal nak raised up kid in pasir gudang. either mat rempit or mat awek denyut.
12- pikir hal hutang rumah. dengar kabar BLR ada perubahan. bes ke tak bes,
13- mentaliti aku makin drop kalau berbual dengan member sekarang ni. tu pasal aku blog~ing. kasik update sikit mind.
14- aku carik apa barang nak jual/meniaga la konon. cheh.
15- aku dah makin boring agaknya kerja sekarang nih.
16- campor dengan geng taman macam sial, sembang mancing/futsal/nombor. aduh.
17- ada la sikit pasal rukun tetangga.
18- aku penig sikit la bila jiran aku cuci tangki ikan dia. bau hanyir macam ikan tu tak
cuci 7 tahun
19- aku nak balik kampong tapi duit kurang. ngam ngam sangat. tapi kene balik. family
matters.
20- aku pikir nak cat rumah pasal rumah aku dah naik kulat kat luar rumah la...tapi cat pon
mahal...aku nak buat macam taska punya design.
21- harga ikan mahal la...leceh betol.
22- tiap petang aku boring pikir nak masak apa. wife lagg sangat la. nasib baik reason
breastfeed kiddies aku accept.
22- tv semua cerita sial. takde yang bes.

(star wars ~ clone wars tu bes la pulak...
emo emo mat makhlok asing...
kat bulan pon ada bar...
friendship among alien...
tapi dorang macam takde kerja tetap...
sapa bayar gaji....
ada yang minom...
tapi dorang baju basoh ke...
banyak la persoalan yang timbol...


tv malaysia ada ke...astro ada kot.)

23- dah lama tak tengok rachel rays.

aku pening la...

reason tak sampai 30.
nanti aku topap lagi.
eh aku pakai selkom.
kenapa aku dapat banyak SMS
kata kalau aku topop rm30 dapat rm10 free
topap rm50 dapat kereta kebal.
topap rm100 dapat jet pejuang PBB.

No comments: