Wednesday, April 29, 2009

persamaan antara aku dan yuna! bhg 2.

"kami" sama sama baca NYLON.

geli geli...kami konon.

hahaha...oke ini yang last...

lepas ni aku tak ada kena mengena dengan yuna, kembali ke birdflesh!



update :
~anak aku dah oke, selepas +-35 kali cirit birit. dah kuros dah dia.
~aku menten demam, harap harap bukan demam babi.
~aku maseh running nose.

thank you.

nota:
kau suka mekanikal engineering? baca sini abang zack!
kau suka sharp thinking? baca sini punya team!
oke.

Tuesday, April 28, 2009

post paling emo sepanjang aku ada blog.

anak aku sakit pulak,
taska kontek bini aku.
bini aku kontek aku.

anak aku muntah + cirit + lesu.
dia dah lembik.
terlepek.

aku takde mood nak kontinue report,
lambat nya balik.

esok kalau dia demam@sakit lagi
aku admit kan dia hospital aje la.

mengarut aje klinik ni.


sabar ya.
kejap lagi abah balik.

Monday, April 27, 2009

peh lawa!

sementara aku masih bersyukur terhadap
pemilikan kereta kecil SUV kancil aku...

tetapi aku sedikit tercabar bila melihat honda mafia dijalanraya JB ni.

yaaa... HONDA MAFIA...(oke aku salah Honda Element : macam brand baju lah)

memang macam gengster hongkong habis.

oh kalau kau mat sg pemilik nya : nice gadget man!

futuristic jack, apasal aku google macam takde je...

macam gini la..tapi kurang pengsi.

mungkin honda element yang di add on aftermarket accessories.




update : gila lah...ada pulak honda element ni yang ada 500HP untuk drift.

note to Kah Motor :
bila nak bawak Honda Element ni masok. Berapa on the road?


apa lah facebook ni...kah motor pon nak declare as possible user ke?

Sunday, April 26, 2009

apa kejadah nya???

aku masih demam selsema.

aku masih ada kahak yang pekat.

aku baru dengar cerita tentang swine flu.
tapi aku newer had sex with braziliaan or latino,
but i had physically contract with pig.
yap the real pig or human act as pig or human eating pig as breakfast.
ah sial....

aku masih ada masa untuk :

1-
2-
3-
4-
5-
6-
7-
8-
9-
10-
11-
12-
13-
14-
15-
16-
17-
18-
19-
20-
21-
22-
23-
24-
25-
26-
27-
28-
29-
30-

ahhh..later on..

kahak banyak nak ludah sekejap...

Wednesday, April 22, 2009

aku selsema!

maaf ya, aku selsema/selesema/sema sema/flu

jadi sila jarak kan ruang perbualan antara aku dan kamu.

selain itu sila ke lkny untuk hiburan seterusnya.

terima kaseh.

Monday, April 20, 2009

persamaan antara aku dan yuna!

persamaan ketara!!!

antara aku dan yuna

sama sama boleh on fiona apple.

hahaha...

sorry semua...ini post single liner.

tapi aku tersenyum...gembira...

amy botak search!!!

wah wah wah.....

amy search pon ada blog...

oke la untuk publicize current event/situation.

update jugak dia eh...

artis baru/public figure/menteri besar/cikgu sekolah sila buat blog.

eh cikgu sekolah dah ada...ms weed...

oh add blog amy here

lu tak blog maknya lu mat rempit.
mana ada masa, time banyak setting carb je...

aku ulu!!! spacebar masih hidop rupanya...

ingatkan dah tamat.

hahaha...aku baca kat juice...

yelah...orang dah ada komputer power.

kau main kat masai aku pergi. paling jauh kota tinggi.

all the best.

Sunday, April 19, 2009

bag pack?

aku agak sebok kebelakangan ni.

dengan kehidupan dan aturcara seharian.

rasanya aku perlu mengrevampkan life aku dengan bercuti.

dan aku akan bercuti mungkin bulan depan paling cepat.

cara yang paling aku suka...

tak la paling sangat sebab pernah buat sekali je...

tu pon masa umor 19.




aku bercadang ke mersing.
sekeluarga.
gamble badak. (kat mana aku baca ayat nih)
tanpa arah tuju.
mungkin 3 hari.

pack and start and drive and chill and kill bill.

kenapa mersing?
1- ada laut
2- ada jeti
3- ada pantai
4- ada kapal ikan.
5- ada ikan segar? ye ke?
6- ada angin laut best
7- ada bukit tulis "mersing"
8- ada motel murah kot?
9- ada scenery sikit kot?
10- mersing belom sellout
11- bajet dalam rm300 or max rm500
12- start kreta 2jam atau 3jam pon sampai.
13- ada mas. mas joko.
14- aku tak pernah lepas kesana.
15- ikan bakar
16- ada zapin laut.
17- anak aku nak mandi laut.
18- bini aku nak pijak pasir.
19- dekat dengan tioman.
20- laut kat gelora sangat kot.
21- aku drive tak penat sangat.
22- boleh jalan atas pantai yang jauh.
23- budak muda boleh set up tent.
24- aku nak tidor saja.
25- aku nak rilek baca buku boleh?
26- ada foreigner kot.
27- time magrib macam dalam cerita barat.
28- senang balik jb.
29- tu yang bes selain desaru
30- sarang buaya tah kat mana?

Wednesday, April 15, 2009

aku tak paham!

aku tak paham dengan situasi sekarang!

hehehe...
sebenar nya ini personal...

aku tak paham kenapa bil elektrik rumah aku rm103...
oh, aku tak bayar 3 bulan...

aku tak paham kenapa
isu semasa di internet dan isu semasa di surat kabar tak sama.

jadi aku kena ada 2 input la...

apa la.

Tuesday, April 14, 2009

trik kapitalis!!!

tahukah kamu bahawa untuk kamu berjaya dalam perniagaan,
kamu seharusnya mengambil muka tua sebagai line up!

kata kunci nya "muka tua"

maksud aku begini.

kamu berniaga atas satu bentuk perniagaan forward payment.

contoh : men"supply" makanan sejok beku kepada peniaga kecil.
macam kau supply bahan mentah berger kepada mat motor
yang ingin berubah kepada mat kereta.
daripada naik lc135 kepada rb25dett.


situasi sebenar:
mana lah ada mat motor ni nak ada duit nak start meniaga.
lu ada duit.
in others word lu act as capitalist.
lu collect budak budak ni,
lu supply barang, suroh dorang meniaga.
cukop jam lu ambik collektion.
paham.

kalau paham aku kontinue.

kalau aku sebutkan rantaiannya...
mamat kapitalis ini di tengah tengah.

"apa kena mengena dengan muka tua"

haaa....

untuk pengetahuan kau...

mamat supply ini akan
meletakkan cagaran bond atau duit untuk
dapatkan aliran barang.
kalau lu gengster hongkong...lu akan cagar tangan. ini real.

aliran barang/item flow.

bukan tunai/cash.

muka tua ini akan digunakan untuk
1- melengahkan masa pembayaran kepada pembekal.
(sogok/dangdut/lepak dll)
2- memastikan mat motor ni tak curik barang.
(muka tua ni biasa dengan xxxxxxxxxxxxxxx)


kau paham sekarang.


kan contoh awal tadi meniaga berger.
takkan brader umor 45 datang offer kat mat motor,
"eh dik, awak nak jual berger tak, abang sponsor barang"
"abang dah tua, takkan nak jual berger"
"abang kasik komisen"
"lagi bagos dari asik setting ejos kat takim sentol"


(soalan untuk mat motor tegar : takim tu area sentol ke chubadak)


dan konsep ni boleh digunakan untuk asas perniagaan lain.
hampir sama dengan konsep franchaise, tetapi ni lokal.


kalau kau pernah perasan : kedai motor satu nama tapi banyak cawangan,
kedai mamak satu nama tapi banyak cawangan, bukan semua dia punya.


oh ya...
muka tua ni sebenarnya ada yang free lance.
mereka di hired dari multiple company untuk mewayang kan diri sahaja.
motif yang sama : lengahkan bayaran.

bukan semua yang meniaga ni banyak modal pusingan. banyak pusing ayat ada la...

kalau kau tak paham atau ada kemuskilan ... reply...

aku berkongsi sedikit pengetahuan aku tentang perniagaan.


now you know some thing.
be happy.
learn something, instead blogging for nothing.
ber syukur.

dah,
pergi kedai mamak.
order roti nan sama ayam tandoori.
reward your self.
eh...cek dulu kuku mamak tu.
macam sial.

Monday, April 13, 2009

questionaire; terima kaseh...mana lagi!!!

terima kaseh yang dah jawap.

yang tak jawap pon boleh lah...

aku tak kesah.

aku bajet dapat 10 orang, aku dah boleh buat konklusi.

bagitau kawan kawn kau yang ada masa...

boleh tolong jawap questoinare.

takde hadiah or goodies.

tapi kalau kau included address aku post something.

TQ. (oh then aku akan delete entry kau bersama address.)

more reply please.

Thursday, April 9, 2009

persoalan anak anak...

persoalan isu kekeluargaan.


motif kajian : mendidik anak kecil supaya berani tidor sorang.


tolong jawap dengan keadaan mentaliti semasa kau anak kecil.
atau ada anak kecil.


1- sejak bila kau tidor berasingan dari ibu dan bapa?
2- kau tidor bersama adik beradik yang lain?
3- kau tidor dalam keadaan gelap atau lampu malap atau lampu terang?
4- kau tidor pelok bantal?
5- kau tidor banyak bantal?
6- kau mudah tertidor (di katil sendiri) ketika kecil?
7- abah kau angkat (tidor depan tv) kau ketika kecil?
8- kau manja tak?
9- kau selalu berbual pasal hantu?
10- kau banyak baca buku tamar jalis?
11- rumah kau ada elektrik masa kau kecil?
12- kau selalu kencing atas tilam?
13- kau tidor pegang alat sulit?
14- kau tidor berselubung?
15- kau tidor on kipas?
16- kau tidor jam berapa?
17- kau kena bangun jam berapa?
18- berapa jarak usia adik beradik kau?
19- petang kau main lasak tak?
20- kau suka mengigau?
21- kau tidor cuci kaki ke?
22- kau pakai seluar tidor ke kain?
23- kau seorang yang mudah terjaga ke?
24- kau nak kencing malam, kau tahan ke teros pergi toilet?
25- kau tandas luar rumah ke indoor?
26- kau baca ayat quran ke sebelom tidor?
27- kau pakai kelambu ke?
28- kau duduk felda/kampong/perumahan/flat ghetto sri kelantan/damansara?
29- rumah jiran kau dekat ke?
30- ada orang mati kena bunoh ke area rumah kau?
31- nenek kau bomoh/bidan kampong/tukang urut ke?
32- atok kau guru silat ke?
33- mak bapak kau ada anak lepas kau?
kalau takde maknanya dorang dah serik dengan kau.
34- kau anak angkat/pungot/tiri ke?
35- kalau kau perempuan, kau baligh bila? hehehe.
36- kau bawak bala ke? balasundramurty kurrupaiah


kerjasama kau amat lah dihargai...


hasil dari kajian rambang ini akan
aku aplikasi kan untuk tujuan pemisahan
anak aku yang suka tidor bersama ni.
aku nak bersama pon susah. hehehe.

semalam!

semalam aku berbual dengan rakan sepejabat.

oke...
motif pasal politikal...

tapi aku nak komen pasal sikap stupidity.

aku mood bingit.
tak payah berbual pasal politik kalau kau seorang narrow minded.
set aside your view even your right.
get some body to interprete the issue on their view.
then, share.

itu motif aku berbual...

tak pasal pasal dorang bukak issue pasal kehidupan la, melayu la, islam la macam macam la.
TETAPI sertakan fakta atau kajian rawak.
barulah indah berbual macam tu.

kalau berbual ikot sedap mulot.
lepas tu tak boleh accept ayat orang lain.
dudok dalam hutan la...
bhutan pon accept foreign influences.

haiya...


kadang kadang aku macam nak keluar dari ruang lingkop kerja sekarang sebab aku adalah yang paling berilmu.
bukan aku nak bongkak.
tetapi dorang ni skop view kecik sangat.
aku tak kesah belajar tinggi ke apa ke.
tapi sikap tu positif aku rasa oke apa.


bebual palat ah.

tapi ini semalam...

hahaha..tanpa internet...

dua hari aku tercabar takde internet...
kaget jugak...

apa benda ntah terbakar agaknya...

"selepas router & sebelom server"

controller untuk ip address, groupies management system...
cisco controller punya device...
harga baru semalam lebih rm30k....

hahaha...

hari ini...back online.

Monday, April 6, 2009

ahhh!!!

adakah aku miss the best game???

the undertaker vs shawn michael

aduh...kene carik nih...

walaupon aku dah abandon wrestling since
the death of chris benoit sama eddie guerero
tapi yang nih...

aku rasa event penting ni...

kau tengok ke?

Friday, April 3, 2009

modified racing.

aku ada berniat untuk mengubahsuai
kedudukan lampu rumah aku.
konon konon lebih update la...

dah boring sangat la...
lampu sekarang ni macam tak center...


nak beli uplight = mahal,
nak beli downlight = tak lawa,
nak beli wallight = hah apa tu...

hehehe...
aku nakejas dari fence/ceiling/bulb light kepada corner wall light.

bounce by corner top wall.


tapi aku ingat nak install sekali
lightbox. tapi taknak reduce kelvin kapasiti...


ooh...nak pakai dimmer sekali..


oh..nak guna kan spiral bulb sahaja...
mungkin 3 bijik.


hehehe.

Thursday, April 2, 2009

emo pagi!

aku takde sebab kenapa aku teringat akak nih!

june 1996.
aku ada kakak angkat.
nama kak lili.
dah kawen, ada anak 2 (atau 3).
rumah kat serdang. depan upm.
kerja kat sonee tv bangi ("macam takde lain")
dia banyak tolong aku.

she died last year (iirc)
breast cancer victim (by rumour)

semoga dia dilimpahi rahmat keatas ruhnya.

note : 12 tahon aku tak kontek.
dan last aku tau dia dah meninggal.

apa la...tak kenang budi punya aku.

Wednesday, April 1, 2009

trik kapitalis!!!

selamat bersua kembali!!!

peh macam sial punya ayat.



disini aku ingin mengupdate pengetahuan kau dengan mengatakan
bahawa:

selalunya harga terakhir adalah
berbentuk 8 kali ganda atau 12 atau 16 dari harga kos.
"harga terakhir" merujuk kepada jumlah yang kau bayar kepada pekedai.


terdapat beberapa entiti/puak.

1- pembeli - aku, kau dan dia (user/victim)
2- pekedai - retailers
3- pemborong - wholesalers
4- pengeluar - maker/producer
5- pencipta - designers


untuk entiti selain dari user/victim:
mereka memerlukan kos pengeluaran,
penyimpanan, penyediaan, pengujian, dan lain lain

ini yang nama nya meniaga.
aku tak boleh nak create ayat bunga bunga untuk pemahaman kau la...

tapi dari segi aliran kerjanya...
lebih kurang laa...

cth produk : ubat gigi (tooth paste?) "tooth medicine" aneh pulak...

5) pencipta akan mencipta ubat gigi berdasarkan kajian rambang dan kajian khusus.
(general study and spesipig study)

contoh kajian rambang.
awak gosok gigi berapa kali sehari?
perasa apa?
jenama apa?
kenapa jenama tu?

contoh kajian khusus.
pemakanan penduduk setempat.
stuktur gigi localites.
gaya hidop.
kemampuan perbelanjaan?

pernahkah kau terpikir?
adakah terdapat perasa mint untuk pasaran mogadishu?
adakah terdapat perasa kayu sugi untuk penduduk bulgaria?
kenapa mat mat british telan tooth paste (bubble?) after brushing?

maka pencipta akan mengolah toothpaste dari blueprint yang sama
kepada yang lebih market variety.



oh aku lupa nak cerita yang sebenarnya
untuk benda sebegini ada terdapat satu "open sourcenya"

maksud aku kau cipta satu benda,
dan kau jual olahan rekaciptanya kepada buyer buyer yang mampu.
contoh asal ubat gigi:
dengan ekstrak yang sama tetapi dah dicampur dengan kayu sugi maka anak melayu pon beli.
dengan ekstrak yang sama tetapi dah dicampur dengan tomyam maka anak siam pon beli.
dengan ekstrak yang sama tetapi dah dicampur dengan peppermint maka anak england pon beli.

ada paham?

yang lain tu kau pikir sendiri lah...

nak tau jugak...
personnally kontak aku....

mana aku tau ? sebab aku juga seorang oppourtunist, barangkali.

aku ulu! mana pergi komtar!

aku dah lama tak pergi bandor. (jb)

tu ari pergi.

rupanya komtar dah jadi habok.
dorang nak buat soping komplek lain agaknya...
yang lebih nampak urban...
malu la aku nak guna ayat urban...
macam betol aje penggunaan nya.

jadi infonya : komtar jb dah tamat.

tapi kalau kl aku suka font "angkasa raya"
bangunan tepi sikit klcc tu...
jiran jiran bangunan bank tu...
depan kubor agaknya.

bangunan tu pon olskoll juga...
tapi tolong jangan musnahkan sudah...
takde heritage lansong...

tu ari lalu tepi jalan pekeliling(?) yang flat tu pon dah vacant.
aku syorkan budak budak gothic (aku tak tau sangat) lepak situ...
vacant and torn structure scenery.

macam iklan kasot akupunture...aku tipu disini.

oh aku maseh sibok...

untuk pengetahuan kau : airport tax adalah kecelakaan.

aku baru tau tentang "virtual office klcc" lambatnya aku...
ada sesapa nak sexplain lil bit.

kapitalism desperate action.

untung mau besar, modal kalau boleh takpayah.

aku maseh sebok!

oh...
akutakpeduli kini tidak lagi blogspot...
tetapi hanya .com sahaja...


handal juga dia bermain css.

macam lambat saja info aku.